SukanMalaysia: Kelab Golf Kota Seriemas Janji Cabaran Berbeza Buat Peminat Golf
KOTA SERIEMAS, 11 March 2017 : Kelab Golf Kota Seriemas hari ini dirasmikan dalam acara yang gemilang oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan. Kelab golf yang kesembilan di dalam Negeri Sembilan ini merupakan kelab golf yang dibina oleh PNB Development Sdn. Berhad dari ilham bekas Pengerusi PNB, YBhg Tun Ahmad Sarji memaparkan ciri-ciri yang elegance dengan Rumah Kelab yang tersergam indah dan lapangan golf yang mencabar.
KOTA SERIEMAS 11 March 2017 : Chief Minister of Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan in action during the golf game in conjunction of official opening of Kota Seriemas Golf & Country Club at Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.
Dikenali dengan nama Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan KSGCC sebagai lapangan golf bertaraf antarabangsa yang bukan saja bakal menjadi tarikan di kalangan pemain golf tempatan dan profesional, malah pelancong. Berkonsep kan golf untuk semua, KSGCC merupakan sebuah lagi lapangan golf awam yang boleh dikuasai oleh semua peminat sukan golf.
“Saya yakin dengan adanya KSGCC di kawasan pembangunan Kota Seriemas, ianya mampu menarik lebih ramai orang di luar untuk memiliki kediaman di kawasan ini seterusnya menikmati kemudahan di kelab golf ini. Kota Seriemas yang letaknya dalam kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) adalah strategik kerana mudah dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Elite dan KESAS selain hanya kira-kira 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang,” – ujar Mohamad Hassan dalam ucapan perasmiannya.
Hadir sama EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan, engerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar; Pengerusi PNBD Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development, Mohd Saleem Kailany.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn. Berhad, Tuan Haji Mohd Saleem Kailany berkata KSGCC dilengkapi 18 lubang yang direka bentuk oleh arkitek terkenal dan berpengalaman, Nigel B Douglas dengan bertemakan alam hutan semula jadi termasuk hamparan rumput bermuda di lapangan 18 lubang.
‘Konsep reka bentuk bangunan kelab yang bercirikan klasik Inggeris menampilkan kelainan, malah banyak kemudahan disediakan antaranya kafeteria, surau, ruang menunggu, bilik persalinan, bilik kecemasan, dewan makan berhawa dingin dan bilik VVIP bertaraf eksklusif. Sejak dibuka pada Oktober lalu, KSGCC sudah terpilih sebagai medan beberapa pertandingan bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Persatuan Professional Golf Malaysia (PGA),” katanya.
Sempena perasmian itu, turut diadakan perlawanan golf membabitkan seramai 136 pemain selain pertandingan antara pasukan Pilihan Negeri Sembilan dan Pilihan PNB Development.
Selanjutnya di : SukanMalaysia